PeMbuKa BiCaRa

blog ini dibuah khusus kepada mereka-mereka yang merasakan diri mereng dan tak tahu kemane ilmu menaip, mate untuk melihat dan sumber ilmu separa siap untuk dicurahkan. haeee... kepada semua blogger-blogger or non blogger, jemput bace.. tinggalkan la jejak, kalau tinggalkan comment lagi mantap. nanti aku comment korang.. jangan lupe klick-klick iklan yang ade.. krok krok krok.. SMILE

PiCtUrE UnTuK Di ClicK

GuNdiK DaN SiDa AkU [pastikan icon korang ade link blog korang]

Friday, December 30, 2011

TaHuN BaRu?

assalamualaikum

pergh.. berkurun gak aku tak jengah blog aku ni.. takpa la.. aku nak update sikit kat blog syg aku ni. bagi ade gak entri yang keluar tiap bulan. takda la kosong dan lopong. time terasa nak update, aku takda idea, time ada idea sibok je memanjang.. senang kata aku jadi pemalas nak update kah kah..

tahun baru.. ape azam tahun baru korang agaknya? tadi aku p solat jumaat, dan semistanya aku dengar khutbah jumaat la kan. so cakap la pasai azam tahun baru. so korang fikir apa azam korang sekarang..

ada penah dengar tak dari mulut kawan korang yang kawan korang nak berazam untuk bertambah mendekati Maha Pencipta.. perghh aku sentap time khutbah tu. kalau ada pun yang cakap, jumlah nya teramat la sedikit. sakit dada aku tetibe time tu. jarang orang berazam untuk ke arah itu.

lagi 1 nak di perkatakan, napa time tahun baru kafir ni kita akan perkatakan azan berazam. sepatutnya masa awal muharam aritu kita tekatkan azam kita. tu baru tahun baru yang sebenar. betul ke salah.. itu korang fikir la sendiri. ada otak, pandai2 la  mikirin realitasnya.. hahhaa

okey siap entri untuk bulan 12 2011

Saturday, November 26, 2011

SeLaMaT MeNyAmBuT MaAL HiJrAH 1433

assalamualaikum

sempena menyambut tahun baru dalam bulan Islam
mari lah kita sama sama bertekat menjadi umat Islam yang terbaik
hijrah kepada perkara-perkara yang positif
berubah supaya diredhai oleh Nya

SELAMAT MENYAMBUT
MAAL HIJRAH 1433
26 November 2011

berhijrah kepada yang lebih baik
petang ni prepare bace doa akhir tahun
witwit.. pagi sok wat kiamulai lak..

aku doakan semua akan mencapai apa yang di impikan
yang baik-baik la.. yang tak elok tu memang takde la

Sunday, November 20, 2011

GeMbiRa LaHiR HaRi

assalamualaikum

berkarat sudah aku punya blog ni.. entah sapa la yang berkunjung..
thank kepada yang sudi-sudi mengfollow blog bersawang..

currently aku sedang menghadiri satu kursus selama 2 bulan
so schedule agak tight kat sini.. so takda masa sangat nak beroline [tipu]
hahhaa..

benonye nak kabo se je kat sini. aku pun lupa sudah benda penting ni..
memang akan majuk tahap gaban la blog aku ni.. hahah

aku ingin mengucapkan
SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA UNTUK BLOG
LINEPUTIHLINEHITAM.BLOGSPOT.COM
PADA 6 NOV 2011

serius aku tak ingat... hahahha...
ok.. astalavista...

Saturday, October 1, 2011

KaLaU BeRaNi.. JaWaB

assalammualaikum
aku nak buat soalan untuk korang yang baca blog aku aku.. eh bukan buat.. aku curi jek soalan-soalan ni. tak susah je semua ni. cuma perlu sedikit keberanian. disebabkan aku merasakan facebook mula bosan, so aku buat la kerja-kerja yang tidak mendatangkan faedah..
okey.. jawab soalan ini dengan jujur [walaupun korang takan jawab] tapi aku rasa korang akan jawab dalam hati. hati hati la menjawab soalan ini. setiap jawapan adalah menandakan diri anda. nak tulis jawapan dalam kertas pun takpa. nak jawab dalam entri pun takpa jugak.. jawap la bersungguh-sungguh. macam korang jawab soalan final exam or SPM or PMR.
7ade juga soalan macam ni untuk di jawap ke?
mulutperlu jawab ke soalan ni?
peluk
lucah gila jawapan dia bagi..
SPAGHETTI
mudah betul jawapan..
phone
pandai-pandai la korang jawab
usus
nak jawap ke tak
8
takde jawapan lak pulak
okey sila jawap soalan yang berikut.. yang atas-atas tu hanya iklan-iklan untuk korang cuci mata kejap.. soalan pertama
1. BERAPA BANYAK PERKATAAN JAWAP KE JAWAB DAN JAWAPAN? HAHAHAHHA…  [ade pulak yang nak jawap kan]
2. NAMPAK SEDAP TAK KUIH KERIA YANG AKU BUAT SEMALAM? HEHEHEHE
Image030
wehehehehe.. saje bagi korang main skrol-skrol.. hee… nampak beno aku kebosanan..
SURAT
sila send jawapan ada di entri ini [perlu ke picca sampul surat ni?]

Friday, September 30, 2011

TeRmiNaL BuS SeGaMaT TeRBaKaR.. TeMpaT akU Ni…

assalammualaikum

dalam kesebukan menguruskan hal-hal konvo ni, sempat juga la aku mengusha facebook yang kosong tu. aku p terengganu kat station bus segamat [dah memang kat situ nak gerak p mana-mana]. dok belik-belik, nampak la pulak picture yang aku amat familiar.

terang lagi la bersuluh kat tajuk post tu. kebakaran di terminal [dalam group segamat]. aku pun open selaju maksima [tapi line macam haram lambatnya kat sini] ni aku share sikit [padahal semua] picca yang ada ambek.

293670_157208237701906_100002381924471_276920_1410902171_n294161_157208144368582_100002381924471_276918_738788399_n294212_157208187701911_100002381924471_276919_2085816042_n320270_157208317701898_100002381924471_276921_779533048_n294730_157208034368593_100002381924471_276915_1717693904_n296653_157208071035256_100002381924471_276916_1050462915_n296831_157208417701888_100002381924471_276924_861829161_n298078_157208357701894_100002381924471_276922_1415582388_n300930_157208111035252_100002381924471_276917_1422692973_n309187_157208391035224_100002381924471_276923_708937247_n302955_157220781033985_100002381924471_276945_40194195_n307543_157220731033990_100002381924471_276944_1647910392_n315736_157220874367309_100002381924471_276946_1899923247_n

habis semua aku sedut dari facebook.. apa yang aku baca dalam komen dekat picture ni. punca dari kebocoran gas [tak pasti lagi] dan tiada sesiapa yang tercedera. alhamdulillah.

korang boleh tengok di link facebook INI

aku tak tahu nak kreditkan kat sapa.. so korang tengok la sendiri.. thanks kepada yang share news ni.. harap terminat cepat sembuh..

mood: okey continue fikir pasal konvo.. hahaha

Tuesday, September 27, 2011

SaNgAt-SaNgAt aKu BeRsyuKuR

assalammualaikum

DEN NAK KONVO 1 OKTOBER NI

alhamdlulillah akhirnya tamat juga zaman aku belajar di Universiti Malaysia Terengganu. sangat la terharu bila dapat menghabiskan tempoh 3 tahun bertungkus lumus belajar di universiti. banyak kenangan dengan rakan-rakan kos, rakan-rakan universiti. suka duka, gelak tawa, tekanan belajar, suasana peperiksaan, suasana beronline bersama.. uhh rindunya.. sebak sebak

masa aku ingin membayar yuran konvo di Bank CIMB, terasa sayu di dada pabila lihat ramai adik-adik menunaikan wang WPP tu. aku terasa macam baru semalam je aku buat perkara sama macam mereka buat. dorang nak masuk.. aku pulak nak keluar. wohohoh… [kesat kesat mata]

aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua orang tua aku yang hemsem [ayah aku] dan kepada ratu dunia aku yang cantik lagi cun [emak aku] kerana selalu bersama aku dan menberi semangat, keperluan yang aku perlukan sepangjang aku belajar. jasa pengorbanan ayah dan emak akan ku pahat dalam dada. [nak kumpul duit.. bawak parent p tunai haji]

kepada my big bro [abang aku] yang kacak lagi bergaya. thanks a lot sebab menjadi sahabat paling dekat. sayang abang ketat-ketat ye hehhee. kalau ade duit lebih, orang hadiahkan gitar satu [check-check wallet dan acc bank] ermm kosong lagi. heee.. takpa, nanti kite pi makan sama-sama. orang order kan minuman peberet Uda ye [aku call abang aku] teh O/limau suam kurang manis.

kepada pensyarah-pensyarah yang memberi ilmu dan ajaran sepanjang aku belajar, akan aku ingat sampai bila-bila. segarang mana, setegas mana guru-guru aku ini. dorang la yang memberi ilmu pengatahuan dan didikan kat aku. suka atau tidak, dorang guru aku. sayang pensyarah-pensyarah aku ketat-ketat jugak. oleh itu, korang jangan nak benci-benci pensyarah korang tu. tak masuk ilmu karang.

kepada rakan-rakan semua.. thanks kerana selalu togather-gather sepanjang pengajian kita. uhhh terlalu erat persahabatan kita. nanti kalau korang dah nak tunang or kawen ke. jengan la lupa jemput. entah bila lagi kita dapat berjumpa lagi selapas konvo ni. masing-masing dah kerja or sambung study dan yang duduk borneo lagi la susah nak jumpa. harap masa konvo ni bukan perjumpaan kita yang terakhir.. [sebak]

entri aku tak tahu la.. luahan hati ke? papehal.. aku menghargai jasa-jasa meraka ini. aku pahat, paku dan gam gajah segala kebaikan mereka-mereka ini.

AKU NAK MINTA MAAF KALAU ADA SALAH SILAP. HALALKAN MAKAN MINUM.

YES MALAM NI 27 SEPT 2011 GERAK BALIK TERENGGANU

BUS 23.00 HOUR. ADE DI GANU 28 SEPT HINGGA 2 OCT 2011. NAK JEJALAN PEPUAS KAT SANE NANTI.

TETIBE AKU RASE BEDEBO NAK BALIK GANU NI..

Sunday, September 25, 2011

MeNgGoDa BeTuL La…

assalammualaikum

sejak dua tiga dan empat menjak ni.. aku memang agak tension.. sebab tension masih lagi belum dikenal pasti. so facebook jadi sasaran.. open profile.. okey takda apa-apa kat wall.. memang aku ni tak popular pun.. sapa nak gangu wall aku tu.. ermm sebab interface facebook pun dah baru [sebenarnya aku tak perasan pun facebook ni dah bertukar interface hahahah] so aku pergi lak godak-godak ape yang ada…

so kalau korang perasan ada adds kat sidebar belah kanan bawah tu.. kan ada kan.. ala untuk advertiser.. aku pun tergoda la dengan adds tu [iman kurang ni]

hand

kepada adik-adik berumur  kurang dari 18tahun anda dilarang mengambil ujian ini.. ni semua adalah menipu.. [so aku pun click dengan terujanya]

1

soalan senang ni.. aku pun kelik male.. ni bukan suruh pilih pasangan ni tanya jantina korang..

2

ohh ada lagi… tanya pasai ibu jari pulak..so aku kelik la ape y serupa.. jangan nak tanya aku klik apa.. bakal isteri aku je leh tahu ni.. hahha

3

tapak tangan.. aku check mane yang agak bau-bau ikan.. aku klik

4

ces adala lagi pasai jalur-jalur kat tapak tangan ni.. apelah.. jalur-jalur ni pun nak kira ke.. takpa.. aku click mana yang patut..

5

so ni last soklan menda haram tanya kat aku.. lepas dapat la result.. kawen awal ke, dapat duit golek-golek dari tadas ke.. bangun-bangun tido, posman hantar cek 1juta tetibe.. mane la tau..

i

i

i

i

i

i

i

i

i

i

i

i

6

lu memang natang berok… ade ke result macam ni.. mintak no phone.. kalau awek yang mintak aku bagi la.. syal haram betul app ni.. aku memang tak puas hati.. membazir masa aku jawab semua soalan tu.. app ni memang menipu perghh.. tah sape la percaya app ni..

sebab aku sangat kecewa aku usha adds yang ini

gadis pinkgadis putih

aku tak berani nak click.. takut dikecewakan lagi..so aku pandang je la lama-lama.. aku terpaksa mosaic kat tempat-tempat sensitif.. sebab ada reader bawah 18thn. tapi atas 18 pun tak boleh tengok jugak kalau nak di ikutkan hukum.. dugaan dunia betul..

Saturday, September 24, 2011

MaNa IsTeRI, TaK IkuT sEkaLI Ke BeLI BaRanG..

assalammualaikum

aku pun terus memecut laju di jalan raya, berasa sangat kacak dan bergaya ketika menunggang motosikal sambil memakai kaca mata hitam. tujuan utama petang ni nak pergi pasar raya. duit dah ade, duit syiling pun ada jugak. semua dah sedia ada.

tepat jam 3.09.47 petang, aku parking elok depan pasar raya. perghh arini kelihatan ramai awek-awek keluar bersuka ria, pelajar asrama pun ada ni. takpa, naseb ada kaca mata hitam, aku usha pun diorang bukan perasan. nak tunggu diorang usha aku, alamat kene buat pembedahan muka la dulu.. itu kalau berjaya.

ahhh pedulikan semua tu, aku ade tujuan yang lebih penting, nak pergi satu bahagian ni, lagi banyak awek boleh aku usha. tak heran laaa yang kat luar ni. pakaian dah semart bagai dah, jalan dah cukup segak.

aku berjalan terus…. melepasi bahagian makeup/kosmetik, melepasi bahagian barang-barang perkakas dapur/kereta/ dan berkaitan dangannya, melepasi bahagian baju-bajuan, melepasi bahagia makanan kering, dan sampai juga tempat aku perlu tujui. kelihatan makcik-makcik kiah, senah, piah, tipah, rosnah munsur, & seangkatan sedang kusyuk membeli barang-barang basah.

aku tersenyum sambil memikir barang-barang yang perlu aku angkut bawak balik. beras.. takpe last sekali aku angkut.. kang angkut awal-awal dan bawak kuhulu-hulu ke kehilir-hilir orang kate ape pulak.. nak tunjuk kuat pulak.. hahah taknak aku nak timbulkan riak di dalam dada. lalu aku pun pergi cari barang yang kecil-kecil.

sedang aku tengah usha ikan, aku terpandang makcik sorang ni.. dia belek-belek ikan, puas hati dia masuk dalam plastik, pastu belek-belek lagi.. 2 3 kali dia buat. habis terabur susunan ikan. aku dengan curios nye bertanya kat makcik ni. “makcik cari ikan yang macam mana? puas makcik pilih saya tengok” makcik tu pandang aku lalu senyum “ohh ni makcik tengok mata ikan, merah2 jangan ambek, lembek perot jangan ambek, tengok ingsang ikan ni, cari yang elok2.. baru makcik ambek”

“ohh macam tu ek makcik.. saya pun nak cari ikan, nak masak malam ni untuk FAMILY, tapi tak tahu nak beli ikan ape” kata ku “emm emm mana ISTERI nya, tak ikut sekali beli barang sekali? baik tanya ISTERI tu nak masak macam mane.” BALAS MAKCIK TU..!!! [erkk ade rupa beristeri ke aku ni makcik oiii.. kate dalam hati] “erkkk… tak ikut makcik.. sibuk arini..”

---CUT SAMPAI SINI--

ade la kitorang borak-barok pasal benda lain.. sayur la, pasal ayam la, pasal daging la.. ade borak-borak lain tapi aku tak ingat.. makcik ni cakap laju nanang, so aku ambek isi penting jek.. hahhaa

p/s: aku rasa orang yang jaga bahagian basah tu dah kenal aku la.. 1 minggu mesti ada 2 3 kali aku pergi beli barang.. hahha…

Sunday, September 18, 2011

BiLa CuTI–TaMaN PeRmaINaN

assalammualaikum

sejak aku cuti-cuti ni [cuti ke or dah habis blajo] ahh bagi aku ini kire cuti.. nanti dah kerja dah takda nak nak cuti-cuti malaysia bagai. so aku terjumpa la hobi agak baru bagi aku. berbekalkan moto kriss 110 tahun 1997 dan juga kaca mata rabun rayban yang aku beli kat pasar malam, aku akan betenggek kat tanam permainan.

tak kira la pagi atau petang atau tengah hari, ikut mood jugak aktiviti tenggek kat tanam permainan ni. tapi selalu kalau aku tension tahap boleh korek kubur orang memang aku akan pergi tenggek ni. aku bukan buat kerja yang boleh susahkan orang pun dekat tanam permainan ni.

so apa aku buat kat sana, benonye takda apa. aku akan cari port yang terbaik untuk duduk-duduk dan berehat. aku mesti bawak sedikit jajan untuk aku ratah. kalau air, tak main la air tin or air kotak yang kecik-kecik bagai tu. tu aku pakat beli air kotak yang bapak punya saiz. ala yang harga 2 hinggit, selalu nampak soya-soya tu. ahhh korang tau la. tak tahu lu memang noob nanang..

masuk point utama la pejal oii.. ape aku buat, 1st aku akan pakai kaca mata hitam, maklum la sinaran matahari sakit kan mata, nanti pandangan aku tak dapat nak di fokuskan sangat. aku bukak penutup air kotak besau tu, aku sedut sikit demi sedikit. sambil mata aku memandang kira dan kanan [kepala tak bergerak] hahaha.. ini bukan kehendak aku. ini kerana tekanan hidup ye tekanan hidup.

nampak awek-awek joging, aku tenung lama-lama sampai la dorang lepasi aku dan hilang dari pandangan. lepastu aku teguk air dan tunggu lagi trip yang lain. hingga la air kotak tu habis baru aku bergerak. [selalunya kalau habis pun aku buat-buat macam ada lagi] erkk… rase macam aktiviti time tension aku ni macam kurang berfaedah je. [ade bau-bau macam budak gersang ke or stalker] humm

ahh lantak la.. penting aku dapat release tension dalam kepala hotak aku ni. tiap orang ada cara masing-masing..

p/s: point utama adalah isi masa lapang..

Thursday, September 15, 2011

BiLa BuLaN RaYa–HiaS RuMaH

assalamualaikum

[entri terbaru kelihatan meleleh ja, memang takda pape pun]

maksud nye kemas rumah.. gile nak hias rumah.. tak patah plak tengkuk dan pinggang aku.. kalau rumah mainan kanak-kanak tu boleh la aku pakat hias.. dek kerana umah aku ni hanya mak aku je golongan hawa, nak taknak dan mesti nak jugak kene kemas rumah semua. semua la sangat kan..rumah ade 1 jek.. hehe

tema tahun ni berasas tema PELANGI… korang ade ke teme ni.. mesti tema korang warne plain je kat.. jangan nak bodek la.. so kerana tema aku ni pelangi so tak susah aku nak hias rumah. okey kusyen ala ala oren sikit.. langsir ala ala biru sikit.. lantai warna hijau.. alas meja warna putih.. ape lagi.. okey siap sudah.. oh.. syiling [bukan duit syiling tu] lap cermin..[bahaye tol..leh cedera lap cermin ni]

sebenarnya kalau rumah ni kemas. letak la ape2 warna or hiasan pun tetap nampak cantik dan ceria. dah kemas ni senang je hati aku tengok hasil usaha mengemas.. tapi bila kawan aku datang.. takda pulak puji hasil kemasan aku.. hahahah…

okey okey.. perkara yang aku nampak time raye ni.. ape hiasan yang patut ada la kan kat sekitar rumah. 1st aku nampak PELITA.. ade aku nampak rumah ni macam takda elektrik kat rumah. habis seluruh halaman pakat pasang pelita. dah bape liter kene beli minyak. dorang tak tahu ke ini menyumbang pelepasan karbon dan menipiskan lapisan ozon. erkk ter environmental lak.. ahh lantak la.

pastu yang aku nampak time raye ni beli lampu kelip-kelip ni.. ada yang ade 20 60 100 biji lampu tu.. harge pun below 20 kan.. pakai tak sampai 1 minggu dah rosak. kan kan.. gantung sana gantung sini, dah abis raya tak tanggal-tanggal hehe..

p/s: hias biasa biasa ja..

Wednesday, September 14, 2011

BiLa HaRi RaYa–KuIH RaYa

 assalamualaikum
dah 2 minggu raya, senak sanak saudara kunjung mengunjung. kite bersalam salaman antara sesama insan. bermohon kemaafan ye dak. oh bermacam2 story time rase aku ade.. ade boleh share ade y aku simpan lelok dalam kepala otak ni. biar jadi memory daun pisang. ekk..
rase tahun ni kuih raya kat umah aku ade yang dibeli dan ada yang dibuat sendiri. sape yang buat tentu la Mak aku.. haha aku ni pembantu terhormat ja. tukang goreng, tukang uli2.. part ingredients ni sah sah la bukan aku yang baut.. mampus tak beraya bebudak yang datang umah aku.. kah kah..
so tahun ni ada 7 jenis kuih aku ekkk bukan aku tapi mak aku buat..
  1. kuih bawang bukan kerepek bawang.. kuih bawang
  2. muruku.. oh dekat raye dah tinggal separuh.. hahaha
  3. kacang goreng.. time raye tinggal 1 balang setengah
  4. popiah.. ohh peberet ni.. hahha
  5. peyek.. betol ke tak aku eja ni.. lantak p la..
  6. biskut nestum.. hahha..
  7. sempret.. ade bunyi pun okey la kan..
  8. kerepek pisang.. naseb pisang berbuah.. penat siang [siang??]
  9. tat buah.. ekk… tanya mak aku…
  10. kuih lidah buaya?? aku je tak penah dengar kot..
  11. kuih keria.. ni untuk tetamu khas jek… hahahha…
para VIP n VVIP akan di hidangkan kuih keria.. tapi apekan nasib.. aku dah melantak semua kuih keria tu.. so tak dapat nak hidangkan kepada tetamu.. lagipun keledek habis time raye.. haha….

Monday, September 12, 2011

BiLa BuLaN RaYa–MaIN MeRcuN

assalamualaikum

aarrrgg… aku geram betol la mercun-mercun ni.. aku betul-betul tak puas hati dengan bebudak ni semua. bebudak yang selalu masuk berita pasal cedera main mercun. ni sangat la memalukan kepada mereka-mereka yang dah pro main mercun. rule main mercun ni senang je sebenarnya. JANGAN BELAGAK SANGAT. kalau dah meletup takda nye jari korang tu boleh sambung balik.

aku tak puas hati bile bebudak ni bakar mercun pastu lempar-lempar kat orang lain. macam lahanat perangai masing-masing. naseb time aku dah besar dan gemok macam gajah ni, takda pulak bebudak lempar kat aku time jejalan. aku menantikan gak. boleh la aku tibai sorang dua. kah kah.. dorang ingat seronok. putus jari kaki or kaki budak tu bukan boleh ganti.

bukan seronok pun main lempar-lempar kat kawan ni. main pegang mercun paling lama bagai.. semua tu BODOH.. penat je pergi sekolah bagai. cube la mercun tu digunakan dengan sebaik yang mungkin. ni aku bagi cara main mercun yang bagus.

  1. korang pilih la ape binatang, lipas ke, cicak ke, katak ke. pastu korang ikat dengan mercun. tak kire la mercun papan or mercun bola. tengok kemusnahan haiwan tersebut.. hahaha.. so bayangkan kalau kene kat korang… kan padu tu. kalau katak, korang letak dalam mulut.. wahahah bekecai beb.. erkk. 18 keatas
  2. bagi mercun yang boleh terbang-terbang tu, korang tala kat pokok. mane tahu pokok tu terbakar.. kan tampak meriah tengok pokok terbakar.. cantik cantik..
  3. korang pakat la cari busut yang menggangu halaman rumah korang. korek lubang sikit dan tabur mercun bola ke A bomb ke hape.. bagi pecah busut tu.
  4. kalau nak nampak impak bakar mercun ni. korang ikat dalam 5 6 biji sekali.. bako serentak, memang terbaik hasilnya.. [perlu kepakaran calculus untuk tahu timing letupan yang sama]
  5. pakat cari pokok pisang or cari buah pisang pun takpa. kat batang pisang pakat tebung dan bakar kat situ. ahhaha… kat buah pisang pun boleh. tengok di bekecai macam mane.
  6. kalau bunga api pulak, jangan pakat nak p cucuh kawan-kawan tu. bertatu tak berbayar kan kulit. nak fun main bunga api ni, senang ja, bila dah bakar tu, korang pandang lama-lama bunga api tu..hhaha.. nak fun dy, korang jangan kongsi bunga api denga sapa. korang ada 100, biar 100 tu korang abiskan. baru puas. hahahha

p/s: hanya cadangan penambah baikan cara bermain mercun ja..

Saturday, August 27, 2011

BiLa BuLaN PuAsA–KaD RaYa

assalamualaikum

salam sejahatera dan selamat berpuasa kat korang semua yang membaca entri ini. blog aku hampir-hampir berlaku tindak balas kimia yang boleh mengakibatkan pengaratan kekal. dah nak dekat-dekat raya ni, kesebukan mula melanda diri aku sememangnya aku tak tahu tang mana aku boleh jadi sebuk.

so malas nak taip panjang lagi berjela, aku nak ucap TERIMA KASIH kepada mereka yang sudi menghantar KAD RAYA kat aku ni [padahal semua aku yang mintak] hahha.. orang tak popular sape je la yang nak hantar… kan kan [pesal ayat sentap ni] aku list kan kat bawah ni sapa yang bagi.. ramai yang tak bagi url blog..so aku letak nama korang ja terus okey..

  1. sarah liyana mohd faizol [kedah]
  2. Dauz Shanley http://dauzshanley.blogspot.com [shah alam]
  3. http://boxerkedut.blogspot.com [ce tengok header mamat ni]
  4. aliah zamri [shah alam]
  5. mimie [sarawak]
  6. anuar roslan [kawan aku masa study dulu. dapat rm1. penang]
  7. nor fatiah yad’z http://azyaleeya92.blogspot.com [dapat rm1 he.. muar]
  8. amalina athman http://shqpewsqiq.blogspot.com [kedah]
  9. amni syafiqah http://warnawarniamny.blogspot.com [perlis]
  10. kyohei akimaru [ipoh]
  11. putri http://putrimerahjambu.blogspot.com [sample rm20!! erkk… sabah]
  12. freddies aziz http://kakinetwork.com [tere dalam coding ni. ku dapat rm1]
  13. pejabat timbalan naib canselor www.umt.edu.my [surat yuran konvo]
  14. celcom broadband [tuntut bayaran.. sabo la oiik]
  15. bil air dan bil elektrik [kire surat ke ni??]

setelah dikira-kira aku dapat duit raya sebanyak 3 hinggit.. hahah thanks kepada yang sudi memberi. aku amat la terharu biru mata hitam ku. ade yang aku tidak sempat membalas. tahun depan aku balas okey. heheh..lari bajet.. sampai kuih keria pun aku dapat beli singgit je. dapat la 3 untuk aku sorang yang makan..

p/s: nak raya.. jangan boros…

Tuesday, August 16, 2011

BiLa BuLaN PuAsA–KuIH KeRia

assalammualaikum

disebabkan bulan ramadhan ni, aku nak tempek kuih kegemaran aku. aku nak abadikan kuih ni dalan entri supaya menjadi kenangan untuk anak-anak dan bini-bini aku akan datang.

ini ditekan disini bahawa picture-gambar yang ada dalam entri aku ini adalah dicuri dari granma google tu. so bukan gambo aku punya la.. tak faham-faham lak korang ni. babab sorang nanti.

bahan digunakan untuk buat keria ini senang sahaja. keledek 8 guni, tepung 8 kilo minyak masak 8 liter, gula 8 kilo, 8 orang tenaga manusia dan 8 jam untuk menggoreng [okey ini nampak beno nipunye]. keledek, tepung, gula, dan pandai-pandai la korang buat. hahahha.. dan hasilnya macam ni la

D.gray-man_Lenalee

oh silap pulak pulak letak gambar.. sorry-sorry.. gambar betolnya….

6a00d8341c509553ef00e54f1ee43e8833-800wi

3866874205_36e02d309c_o

Kuih Keria (1)

SONY DSC

selamat menjamu selera.. ahhh sedapnya.. bagi satu guni pun aku sanggup habizkan.. [start moto nak pergi beli keledek 8 kilo.. nak buat kat rumah]

Saturday, August 13, 2011

BiLa BuLaN PuAsA–BaZaR

assalamualaikum

“okey, tekat nak beli kuih keria je” aku pun start rakasasa merah yang limit kelajuan max 80km/j. sesampai ja kat bazar, aku pun parking cantik moto aku tu supaya tampak bergaya bila di pandang dari jauh. lepak kejap atas seat moto, usha-usha orang kejap [macam dah jadi hobi lak, bahaya tol la]. dah puas usha awek-awek yang langsung tak pandang aku, aku pun bergerak masuk dalam bazar.

nasi ayam, nasi dagang, nasi kerabu, nasi ayam berlada, me goreng, satay, ayam golek, lauk ayam, lauk daging, lauk sotong, lauk sayur, otak-otak, satar, akuk, air katira, nyor, tebu, ahhh.. gila nak taip satu satu.. aku pun tawaf 2 round bazar. lelah jugak aku diwatnya alamaklum lama tak bersenam. so dah aim gerai mana aku pakat nak singgah [ade awek-awek comel yang jaga diberi keutamaan]

gerai-gerai yang aku tak berkenan pun jadi berkenan apabila terdapat awek yang jaga. ahaha.. takpa la.. usha jek, mane tau jumpa kat mana-mana, leh tegur “eh awak yang bukak gerai kat bazar tu ek” pandai tak.. haha.. usha punye usha gerai kuih muih ni, aku pun sangkut kat satu gerai, yang jaga pun terbaik. aku tampa segan dan ngilunya singgah la. ade keria je aku singgah, bukan sebab ade awek kat situ [erkk.. mana yang betul ni] keria yang betol okey. heee

“ye.. abang nak kuih apa, saya tolong ambek kan” [lembutnya suara] “erkk.. keria ade tak adik [padahal dah jumpa depan mata, saja ngusha]” “keria ye bang.. jap ek.. haa depan abang tu keria” “haa.. mane-mane, tak nampak la [pura-pura]” “tu sebelah sri muka [serius aku tak ingat kuih sri muka macam ne]” baik-baik nak keria, aku duk usha kuih sri muka, mane hok se ni.

lalu girl tu pun p depan dan berdiri tepi aku, “ni ha abang, abang nak berapa ringgit” terkejut aku diwatnya, tetibe duk diri tepi aku, sepantas lightning aku jawap “bagi 3 ringgit ye” lalu aku tengok la awek tu ambek keria tetibe dia toleh tepat ke muka aku “abang nak kuih lain ke?” aku terpana “bagi karipap 2 hinggit” [ces tetibe karipap ni] “lagi bang” “erkk seri muka 2 hinggit gak” [ah sudah] “air taknak bang?” “bagi la air tu satu” [tah hape air aku tak ingat] “lagi bang” “erkk dah dah, tu jek”

balik ja rumah kene pot pet dengan parent, sebab beli banyak. kat rumah bertiga ja.. dugaan betol la gerai yang ada awek ni. lain kali p gerai yang ada belalai je la. beli terus balik rumah.. tapi rasa macam nak singgah lagi.. ishh jangan2

Friday, August 12, 2011

BiLa BuLaN PuAsA–SuPeRmArKeT

assalamualaikum

“jal [bukan panggilan sebenar], tolong beli barang dapur kejap boleh” kata mak aku yang comel lagi kiut [kalau keluar p mane-mane mesti orang ingat mak aku ni akak] “nak beli ape?” sahut ku ketika mengait baju di ruang tamu [tampak ayu tak?] hahaha.. “ni belikan ikan ke, ayam ke, sayur sikit, ermm buah palah, selasih, kelapa parut, tepung muruku, [ade y aku lupa]” “erkk.. baik-baik” kataku “ingat tak ni” “ingat-ingat”

lantas aku pun siap-siap bagai, dengan memakai baju sahabat blogger beserta dengan seluar quicksilver dan cermin mata hitam, aku pun keluar menunaikan hajat yang di pinta tampa bantahan. sampai ja, aku parking elok dan terus masuk tampa toleh kiri kanan. “eh gelap lak” lupa tanggal cermin mata. port yang di tuju tempat barangan basah.. okey, sapa tak tahu sah korang tak penah p beli barang dapur.

“ikan ikan ikan.. erk ikan ape? caru? siakap? tongkol? merah? tenggiri? kuning? pari? patin? keli? talapia? sebelah? urgg pening-pening” dekap sepuluh minit gak aku berlegar-legar nak beli ikan apa. disebabkan phone aku takda kredit, so aku lost contact dengan dengan mak dirumah. part sayur pun sama “erkk sayur ape la nak beli pe ni? sawi? bayam? kangkung? kubis? lombak merah [pesal oren], terung? petola? buncis? kacang panjang? tauge? tomato [sayur ke?], kentang?” dekat duapuluh minit bazir masa pilih sayur. palah dan palaga? last aku beli 2 2.

duk sebok-sebok cari barang, kan ade plastik disediakan untuk bungkus barang yang korang nak beli [gerenti la, kat pasaraya wet part banyak plastik ni. aku pun tarik plastik tu dan ambek selai untuk bungkus sayur. datang lak sorang makcik dengan member dia. pegang plastik tu, tarik pepanjang, pastu lipat dua, tarik lagi dan lipat lagi. ade la 4 5 kali, sambil beborak dengan kawan dia. lalu di putuskan, then geliran kawan dia, lagi hardcore. terus hambek 1 gulung plastik. makkaiii.. makcik.. mentang-mentang percuma, habiz 1 roll di songlap.

aku pandang makcik berdua tu, lalu mereka pun turut pandang aku. kami bertentang mata, lalu 2 2 makcik tu pun senyum sangat lebar, aku turut bersenyum kelat. mereka pun blah dengan tawa riang [berborak-borak macam takda apa berlaku]. aku terfikir, pas puasa ni aku nak hambek gak la plastik ni bebanyak sikit. leh wat bungkus pape yang patut. hahaha..[betul ke ape aku fikir ni].. aku rasa trolli pasaraya tu pun boleh bawak balik rumah.

p/s: mengait.. kerja-kerja dapur.. pergi pasar.. so girly.. fuh semangat

Monday, August 8, 2011

BiLa BuLaN PuAsA–BuBuR LaMbOK

assalamualaikum

dah semiggu kita menunaikan ibadah puasa, ade tak yang skip-skip? lantak korang la, dosa tanggung sendiri. di sebabkan aku sekarang beradabtasi kat kampung, so banyak la aktiviti-aktiviti kat kampung ni. seronak gak join ni, alamaklum bertahun duduk kat perantauan, [bertahun la sangat].

nak jadikan story, setiap ahad, kat surau atas umah aku ni [mcm korang tau] adalah dalam 50 meter je jarak [kalau azan gerenti dengar, untung time pose ni, takde la memasang telingan nak dengar azan] ahahha melalut pulak sudah. okey nak jadikan cerita, setiap ahad, kat surau ni ada buat BUBUR LOMBOK LAMBOK.

kire start kul 0900, aku yang 1st time nak join datang la dengan segan-segannya. berminyak wangi bagai aku pakai. sikat rambut pun nak ambek masa 10 minit. kejap kanan, kejap kiri, kejap tegak. aku kene kelihatan segan dan bergaya. 1st impression tu penting. baju siap, seluar siap, semangat… siap.

area masak mestila belakang surau, takan la kat depan. korang masak pun kat dapurkan, taktahu la kalau dapur korang area ruang tamu. situ tetamu duduk, situ jugak korang bantai menyambal. erkk.. kembali semula, so bertandang la aku, kelihatan semua sebok menyiang.. erkk.. memotong bahan-bahan.

aku tak sempat nak observe sapa ada kat situ, angan-angan ada la anak-anak gadis yang join sekali masak bubur lambok ni.. heheh.. “ni nak cari sapa” sorang makcik tegur aku “erkk nak cari mak saya” [erkk tetiba lak aku jawap macam ni, aku nak tolong masak] “sapa nak mak” “erkkk ida” balasku “oohhh, mak awak pergi ambek barang, ni takut betol hilang mak erk, hahahahah” bab gelak ni aku tak tahan. hampir semua yang ada kat tempat turut gelak. PERGH…!!!!!!!!!! hilang macho aku.

“erkk mesti la saya sayang mak. mak saya ada satu ja makcik” balas ku sopan.. “muka datang tadi berkerut jek,ni dah ade makwe tak?” [pulak makcik sorang ni] “errkk.. tengah cari calon…. makcik apa boleh saya bantu ni” [makin lama makin melarat pulak makcik-makcik kat sini] “ni bawang tolong buang kulit dan potong-potong sekali tau, pastu tolong kacau bubur lambok nanti” [hamboi] “BAIK”

bermula la tangisan tanpa sebab ketika berada di situ. takleh tahan, takde sorang awek pun yang tolong buat bubur lambok tu. semua golongan makcik-makcik tipah, kiah. rosnah yang non stop bergosip bagai.. aku dengar je la.. “comel jugak anak ida ni ye” tetibe suara sorang makcik kedengaran [aku buat-buat tak dengar dalam senyuman] hahahha…. ok bubur lambok siap juga akhirnya..

Sunday, August 7, 2011

BaJu KuRuNg

assalamualaikum

2 minggu aku kerja dan kerja amat memenatkan. sekarang tempat jam 0000 je, mata aku mula menunjukkan bibit-bibit untuk membuat baja kat mata. jam 0100 pastu aku akan terlelap kalau tegar bersama laptop. tak tido kepala atas laptop mesti terbongkang atas kerusi plastik merah.

aku dan MAK KESAYANGAN dah siapkan 7 pasang baju kurung, satu kebanggaan aku ni. [padehal tolong mak]. baru nak snap picca semua baju tu, tapi aku tertido petang. bangun-bangun 4 pasang telah di ambil oleh owner. walaweh, dapat je bau baju dorang dah siap. panas tol. takdapat nak snap semua baju.

ni jek la aku dapat snap.. hahaha untuk tontonan umum.

lineputihlinehitam baju kurung

ni jek la.. hahahha..

p/s: ade lagi 4 pasang nak di siapkan.. 2 kali jari kene balut… keh keh..

Saturday, August 6, 2011

TaRaWiH Ku TeRgAnGgU–SaBaR Je La

azan pun berkumandang tanda isyak dah masuk, bergegas la aku ke surau berdekatan.  so macam biasala kan, ibubapa ni bawak anak-anak kecik untuk join sama bersolat. uhh memang bagus, seronak tengok kanak-kanak ni belajo solat. di sebabkan aku datang lambat, so aku berada saf belakang, bersama kanak-kanak. alahai, comel-comel semua.

terdapat la 6 7 orang kanak-kanak yang berada di saf hadapan aku, “ramai gak kanak-kanak arini” bentak aku dalam hati. so aku pun menunaikan solat macam biasa. rakaan pertama, masih cool kedaan kanak-kanak tu, masuk rakaan kedua, diorang dah mula goyang-goyang punggung tanda nak bermain. kepala dah toleh kiri kanan, siap berbisik dengan kawan sebelah.

aku dah tak fokus dalam solat ni, tengok gelagat dak dak ni. masuk rakaat ketiga, time bangun dari sujut, tetiba aku tengok saf depan aku dah kosong, tinggal songkok je. sah budak ni p main. ahhh tergangu solat aku. sabar je la.

selesai solat isyak, time untuk solat tarawih lak. kali ni aku berada di saf depan dari kanak-kanak ini. pasti tiada gangguan [kata dalam hati]. sangkaan aku salah, ketika rakaan ke 7 habiz bacaan al-Fatihah semua akan menyebut Amin. terdapat la pulak sorang budak ni menyebut “amin” tu tampa henti sampai nak masuk rakaan ke 8. berlagu bagai. amin aminnnn aminnnnnn amin min am am amin min minmmm min…. ahh hilang fokus aku lagi

p/s: dugaan betol dengan kanak-kanak ni.

Friday, August 5, 2011

Eh AkaK Ni BiAr BeTuL

“oh dah kul 3 petang ni, kene gerak ke town gak” bentakku dalam hati ketika masih berguling atas katil. tup tap jam 4 petang juga aku bergerak. patut boleh siap dalam 15.37 minit, 1 jam juga baru boleh gerak. baik harini matlamat nak beli raket reket badminton banjir [alamaklum aritu segamat kan banjir, so kedai sukan ni wat promosi barang murah, ingat orang tak tahu la kan] hahha..

sampai ja kat kedai peralatan sukan tu, aku di sambut mesra dengan sorang akak [akak ke makcik, aku agak kompius]. aku jengah-jengah la jenis reket yang ada, carlton, yonex, yang-yang, pro ace, dan ape tah aku tak ingat. kemana aku pergi, akak ni ikut ja. buat aku kurang selesa betol, nak feeling pilih reket pun tergangu.

“adik nak pilih reket mana, akak boleh sarankan 2 3 jenis reket” “jap ek kak, nak tengok-tengok dulu ni” aku senyum kambing yang agak lebar. “adik tengok reket ni, ramai yang beli reket ni dik” kate akak tu ketika aku masih belek-reket lain. lalu aku memegang reket itu mengusha, “tak pun reket ni” aku peganga reket 1 lagi, lalu akak tu pergi ke bahagian reket lain. aku terus mengusha.

“haa ni akak bawak 2 reket terbaik” lalu aku pegang lagi 2 reket. akak tu pun tetiba berlalu pergi dan kembali dengan 2 lagi reket “ni akak selalu sarankan pelanggan beli reket ni” lagi 2 reket berada di tangan aku. tetibe akak tu ambek 1 lagi reket “yang ni okey jugak dik” akak tu pun talakan ke arah aku reket tu.

“akak, tangan saya dah penuh dengan reket ni, macam ne pegang” dah ade 6 batang reket dah ni. “nah akak ambek pegang semua ni ye” aku serahkan dengan sopan, lalu akak tu berkata “banyak nye reket kat tangan adik” dengan tawa kecil. “tamak la adik ni, semua nak pegang” sambil memukul punggung aku dengan maja menggunakan reket [ah sudah] bentak aku dalam hati.

aku dengan segara memilih reket “saya nak yang ni” hahaha 1 pun reket yang di saran akak tu aku tak hambek [jahat ke, tak kan]. “tali nak tarik 26 okey” kata ku, “adik main ganas tak?” kata akak tu sambil memicit-micit lengan aku, [ahhh empangan] “tak la, sejam lagi saya ambek ok” aku pun belah..

p/s: nak kata aku dah beli reket baru. heeee

Monday, August 1, 2011

SeNtIaSa La BeRSyuKur

assalamualaikum

ramadhan bulan yang mulia, setiap perlaku yang baik aku diberikan pahala, setiap ibadah yang dilakukan mendapat pahala yang berganda. memang ramadhan bulan yang sangat barakah.

aku nak tanye sikit.. korang buka apa? korang sahur apa? sedap tak? bape jenis lauk ada kat atas meja? bape jenis air minuman ada dalam jag tu? dengan sapa korang buka dan sahur? bagi berkemampuan pasti bebagai jenis ada juadah untuk dimakan. bagi yang kurang?, maybe air pengalas perot.

makan la apa yang ada pada anda, bersyukur kerana anda ada rezeki untuk mengenyangkan perot yang lapar itu. sedap atau tidak, itu adalah rezeki yang dikurniakan Nya. kenapa hendak merungut dengan juadah, tak sedap, bukan selera, segala bagai tak dan tidak. bila masuk perot, kenyang juga hasilnya. bersyukur la, dan mesti bersyukur dengan beramal.

kita berpuasa adalah untuk menginsafi diri dan mengenali keperitan mereka-meraka yang hidup daif di luar sana. apakah ramadhan untuk anda? harap bukan hanya berlapar "kosong" dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

syukur aku masih dapat berjumpa dengan bulan ramadhan dan berpuasa dengan keluarga. aku ingin ucapkan takziah kepada rakan-rakan yang kehilangan ahli keluarga atau sanak saudara. agar kamu semua tabah dan besabar kerana itu adalah dugaan dari Maha Esa.

SELAMAT BERPUASA
HAYATI LA RAMADHAN

BiLa bULaN PuAsa

assalamualaikum

bila bulan puasa ja, 1st aku teringat makan bagai kat bazar ramadhan. ape nak beli ape nak makan. setan dah kene kurung dan kene ikat, tapi nafsu boleh kalahkan setan-setan yang kene rantai tu argg.. akal kene letak no 1.. fikir-fikir..

bajet nak jimat time ramadhan, haram tak menjadi, beli kuih 3 jenis dah rm6.00 air dah rm1.00 makanan dah rm4.00 semua rm11.00 untuk buka puasa. hahah.. bila sahur cari kedai luar or tak sempat makan meggi ja.. tu zaman universiti. tak berjimat jugak aku time puasa.

bila puasa ni jugak la bermacam-macam penyakit yang boleh mengakibatkan kurangnya keupayaan untuk menahan lapar. macam haram betol, paling common gastric, memamg tradisi sakit ni datang bila menjelang ramadhan. terbaik betol, musin yang tepat sakit ni menyerang mangsa-mangsa.

in daytime, dapur dah macam tempat larangan, kalau masuk kawasan tu mesti akan di jeling2 tanda kemuskilan. tapi bila malam menjelma, itu lah tempat ibupejabat untuk berkumpul. ohh seronak ketika itu. kurma adalah menu wajib dan mesti ada atas meja [kalau kat rumah aku la dan juga kat bilik time beljajar dulu] xde nak curi-curi makan pun.

p/s: SELAMAT BERPUASA
MINTA MAAF KALAU ADA SALAH DAN SILAP

Sunday, July 31, 2011

SaMpaI JoHor

assalamualaikum

syukur akhir aku sampai depan rumah.. ride dari bangi ke segamat johor.. alhamdulillah cuaca mendung-mendung ja, so keadaan humidity suam-suam kuku.. berbekalkan kelajuan maksima 80km/j, aku redah dengan gagah.. rase sangat macho pulak bawak kelajuan malar ni. spek hitam aku pakai, bagi tambah macho..

dari highway bangi aku pecut terus ke simpang empat.. di sini adegan kejar mengejar dapat dilihat dengan jelas.. tapi adegan aku hanya dipotong je. xdpt nak kejo sesape kecuali time kat tol or yang stop kat R&R. memang aku potong la semua kenderaan berhenti kat sana dengan muka penuh bongkak nye. moto kan tak perlu bayo tol.. hahaha

 isi minyak kat petronas lepas keluar tol, tersama isi minyak dengan para rider moto besar.. dalam bebanyak tetibe sesat moto kriss 110 thn 1997.. hahha lantak p la.. aku nak isi minyak gak.. ingat moto aku ni pakai angin ke nak jalan.. [teremo pulak, jeles tgk moto dorg] he². naseb dorg ikut jalan yang berbeza dari aku. so takde la rase kene potong.

jalan dalam dengan highway, best lagi jalan dalam, why, banyak menda leh tengok kiri kanan. ade pekan, ade pemandangan, jumpe tempat best dan menarik leh stop jap, hujan boleh teduh mane. kat highway? hujan.. pandai2 la korang redah kalau tak jumpa flyover or R&R. rosak p la call 1-800-880-0000 [untuk plus][aku lalu highway plus ke, entah la]

jalan dalam ni layan, lap sini lap sana. haha.. aku gerak jam 1500 [dalam macam tu la] then sampai umah dalam jam 1540 1740. cepat gak aku sampai [kate mak aku la]. minyak dari bangi rm5 n minyak dari keluar tol rm5 gak. total rm10. uh jimat ni.

sampai rumah je, tengok-tengok 2 3 gadis remaja ade dalam umah. ni ape pulak.. usha2 rupanya datang nak tempah baju kurung. boleh lak mak aku kata aku ni tolong jahit sekali baju. dah aku jadi bahan bualan. malu tersipu-sipu aku dibuatnya. hahah.. terus masuk bilik. macam anak dara la pulak masuk bilik.. ahh dah la.. penat ni penat..

p/s: esok puasa, malam ni terawih, alarm kene sedia, pagi tadi dah terbangun jam 4.30am, tanda positif boleh bangun pagi. hahah... 
SELAMAT BERPUASA, CARI PAHALA BEBANYAK DALAM BULAN NI N BULAN SETERUSNYA

Saturday, July 30, 2011

RiDe FrOm JoHoR P BaNgI N P JoHoR

assalamualaikum

28 July 2011 - tepat jam  0700 [takde la tepat bebeno] aku bangun sambil korek idung, almaklum 6 jam tido mean 6 jam aku sedut udara bilik yang berabuk ni.
okey, beg baju dah siap, beg laptop pun dah siap
raksasa merah aku lap bahagian meter ja.. sambil ku kiss.. sayang hang lebih harini
bertolakla aku dari segamat ke bangai tepat jam 0800

berbekalkan speed limit raksasa aku ni [paling tinggi 80km/j]
aku di potong pelbagai jenis kenderaan, memang seronok mereka ni bawak laju-laju
tak ingat anak bini dan keluarga ke dorang ni.. [sambil gelengkan kepala yang pakai helmet]
mesti orang belakang fikir aku penunggang bermasalah.. geleng sorang-sorang


disebabkan aku tunggang sorang, so bermacam lagu yang tak habiz aku nyanyikan
tidak lupa juga lagu nasyid-nasyid yang entah aku pun taktau dari mana aku leh hafal dan fasih aku nyanyikan walaupun sekerat. dalam hati sentiasa ingat Yang Maha Esa, moga selamat perjalanan ini. [ingat kawan2 walaupun dimana anda berada ingat Allah]


sebabkan lagu terlalu best, hujan la kat Linggi, pakse aku stop dan juga stop lagu takut lambat pulak hujan ni nak berhenti. lama gak aku perap kat perhentian Linggi, sampai Bangi dalam kul 11.30 pagi. sakit tengkuk ayah nak oii.. geleng2 jeki atas motor..


30 July 2011 - aku nak balik segamat.. petang ni.. sapa nak folo bagi tau..
tapi mendung ja kawasan bangi sekarang.. haisyeh..


p/s: apela bosan..

Wednesday, July 27, 2011

ApE YaNg PeLiK Nye?

assalamualaikum

dua tiga minggu ini aku amat sebuk..
banyak pulak tempahan..

menjahit, menyulam, kait sini kait sana
tangan punya la ketat-ketat, tapi buat kerja lembut-lembut
macam-macam hal

tak pelik kan tengok lelaki mengait or menjahit.
heee...

p/s: sapa nak wat tempahan baju kurung sila la bagi tau..
murah je, tak mahal pun.. yang penting ade hasil tangan aku.. hahah.. rare babe
p/s/s: baju laki tak terima.. kah kah...

Monday, July 11, 2011

NyoNya Ni MaIn CaK caK dEnGaN AkU

"wei ko dah makan belum ni, jom aku bawak ko gi makan malam" saat itu perut aku sememangnya tengah menari inang, asid askobik entah berapa gelen berlenang dalam kantung perot. "belum makan lagi dari pagi tengah dan petang"jawab aku pantas sambil teguk air kosong yang semamangnya jadi makanan aku dari pagi. pantas aku siapkan diri, oh sheep, perfume habis, slumber aku bantai abang akunye perfume. setakat 2 3 sembur tak luak pun.
 
"okey siap, jom la" kataku dengan semangat. "jap, tunggu kawan aku jemput ni" "pulak" so bibit menunggu pun bermula. 1 minit 2 minit 3 minit, okey la 15 minit la cincai kira baru kami gerak. ada 4 orang, nak 2 kereta, memang kaya raya kawan-kawan abang aku. deal main osom, p 1 kereta akhirnya.

jarak masa nak makan malam dari mula keluar adalah 2 jam. memang macam sheep betol. pergi JJ area bukit raja shah alam dulu, beli tiket transformer. ni memang sheep, time aku nak balik kampung pada malam ni, dorang leh tempah tiket untuk tengok transformer. terpaksa la aku bersabar separa. perdajal la, lain kali aku boleh tengok. DVD or download, mana yang terdahulu.

pendekkan taipan aku ni, setelah mengharungi jalan yang 1/4 sesak untuk sampai area makan di uptown damansara dari shah alam [ape gile makan jauh macam ni, naseb orang bawak]. so kerja cari tempat parking plak, ah memang satu keje betul. siap parking, berjalan la kami, tapi aku folo belakang, almaklum takan aku lak yang lead, mane la aku tau area makan kat damansara ni.

port dikesan dari jauh oleh salah sorang member. duduk dengan segera dan tetibe table ketorang di hujani dengan pelbagai jenis menu makan dari orang yang berlainan, aku sorang je yang blur kambing. naseb sorang member nampak muke aku yang macam taik ayam berak strawberi melihat menu yang banyak. so dy pun explain la 1 per 1. then baru aku faham. ada gerai yang banyak, so dorang fight bertumbuk, berparang, bergaduh, berosom dan bertalilat tali complong cari customer la. aku pun anguk tanda mengerti.

member ni pun sarankan aku 1 gerai, kata masakan dy sedap. aku pun anguk setuju [belum makan dah setuju]. pengambil order pun memang dah menunggu. "apek, saya nak nasi goreng ayam se okey" sambil jari telunjuk aku menunjuk perkataan nasi goreng ayam yang berada di menu. mengharapkan apek tu faham ape aku maksudkan "yang ini tau apek"

masuk stage menunggu, 10 15 minit datang sorang amoi erkk nyonya la, ke table ketorang, "sapa order nasi goreng" tu yang aku dan member aku dengar sambil kami jengah-jengah nasi tu. "eh takde ayam" benakku dalam hati. aku lihat nyonya tu pulang ke gerai dengan perasaan hampa [aku rasa la kot]. then aku lihat dy p tanye apek yang ambek order ketorang. zaaap.. apek tu tunjuk table ketorang. dengan segara nyonya tu datang.
 
"ada order nasi goreng ayam" "ada" aku jawab. lalu nyonya tu letak nasi goreng tadi. ketorang pun terdiam melihat nasi tu "mane ayamnya?" tanya ku sopan. "dah letak" balas nyonya "erkk mane, takda pun" pintasku laju. Lalu nyonya tu mengabil sudu yang sepatutnya digunakan aku untuk sentap makan telah digunakan untuk kuis kuis nasi goreng tadi "haa ni ada ayam" kami berpandang sesama sendiri. "ayam ketul takda?" kataku, nyonya tu geleng mengiyakan. "ni la nasi goreng ayam kami". "sheeeeeeppp.. ni bukan nasi goreng ayam, ni nasi goreng ayam kisar yang mempunyai 3 4 cebis daging ayam.. aku terfakurap, fakap fakap, sheeeppp.. pfffftttt?empangan?benakku dalam hati." "eh okey?balas ku sambil memandang member yang suggest gerai tersebut. dy pun tersenyum sinis.. sheep

seerrriiiiuusss wa terfakurap dengan gerai kawan aku tu suggest kan. dan aku terakurap dengan enteri panjang melalut ni.. ahh?punah nafsuku nak makan ketulan ayam. [menjadi cerita hot time makan tu]

Monday, July 4, 2011

SeSaAt YaNg Ku Ada

assalamualaikum

.......menyanyi dan terus menyanyi......

gadisku
kau ilhamku
suka sama kamu
cinta terlarang
yakin cintamu ku dapat

<---sakit jari jemariku-->

Friday, July 1, 2011

SeMeMOrY YaNG Ku AdA

assalamualaikum

okey entri ni memang serius bukan macam entri yang INI atau bawah yang ini. seserius kah aku? entah aku pun tak tahu aku boleh serius dalam setiap perkara. semua aku selalu ambik mudah macam ABC. ah ABC pun susah, teringat aku masa aku kecik, sebut A pun macam makan batu. almaklum pelat sikit, tapi sekarang fasih sefasinya. ah memory kecil kembali sudah. ada ke kenangan waktu itu, aku masih cuba mencari. banyak aku lupa kejadian masa kecil. padahal waktu itu paling menyeronokkan


sekolah rendah, sekolah menengah, matrik hingga la universiti, pelbagai memory yang aku simpan. tak semua akan aku ingati, miskipun memory itu amat indah untuk di kenang. tak semestinya yang indah perlu di simpan tak semistinya yang buruk perlu di buang jauh. ada yang indah itu amat memeritkan dan ada yang pahit itu melucukan. keluarga, kawan, rakan, sahabat, lelaki, perempuan semua ada dalam memori aku ini. yang membezakan mereka hanya kekuatan ingatan terhadap setiap antara mereka ini.


adakah perasaan itu satu memori? adakah memori akan turut bersama dengan perasaan? mengapa perasaan itu hadir?  aku dah mula mengarut dengan persoalan yang entah aku tidak tahu dari mana. ya mungkin perasaan itu akan hadir sendiri, ya mungkin perasaan sedih hadir ketika memori menguasai diri, ya mungkin.


kenapa aku perlu bersedih, sedangkan itu hanyala memori. memori yang hanya berada dalam ingatan, ingatan yang tersimpan di dalam benak otak kepala ku ini. ya dulu ia merupakan realiti tapi sekarang hanya memori yang di simpan. menjadi fantasi tidak mungkin menjadi realiti. aku benci berseorangan, benci bersendiri, kerana aku benci bila perasaan dan memori yang membuat aku sedih, bertandang, berlenang air mata, aku yang sakit, aku yang merana. 


biarla orang tidak tahu aku merana, tunggu!! mengapa aku perlu merana untuk sekeping memori dan perasaan? perdajalkan semua itu, aku perlu gembira, hadapi dunia realiti yang sebenar, yang benar-benar berada di hadapan ku, jika terluka pasti akan terasa. ah terluka? hati? pastinya bukan dari memori. hidup ini panjang kalau Dia mahukan, penyesalan adalah satu ajaran untuk kita tidak mengulangi semula.


ahh... banyak aku bebelkan di sini.. AKU tidak merujuk kepada sesiapa, hanya watak yang dicipta dalam imaginasi. aku dalam ini bukan aku. sekadar penceritaan. ada yang terima ada yang tidak. itu terserah. sekadar pendapat ingin di luahkan. ada yang mengarut sesama di betulkan. salam...

Thursday, June 30, 2011

SeBeNtaR Ku BeRcEriTa LuAHaN HaTi

assalamualaikum

"oii bangun, pagi dah ni.. pesal ko tido macam lipas mati je" aku terjaga dari mimpi bila di sentap dengan suara sengau kawan pada pagi itu. sheep! punya la tengah climax mimpi aku, di gangu pula, spoil tol di pagi hari. naseb aku boleh bayangkan balik ape yang aku mimpi, yaaa aku mimpi dapat minum semua air tin dalam vending machine tampa masukkan duit. yaaa.. sungguh bernafsu dan rakus aku mengserakahkannya. pesai pa aku benda mcm ni.


arrrhh.. perdajalkan semua itu, aku berjalan ke arah toilet yang dah macam tongkang pecah. capai berus gigi, argg demm ubat gigi habis, so solution aku hanya guna berus gigi tampa ubat. takpa bersih juga. dek ke asyikan mandi, aku ambil syampu, lalu aku picit senafsu yang boleh, penuh tapak tangan. ohh demm ni syampu rambut, ku cari syampu badan, sheep takda. ahh lantak p la, dari rambut sampai ujung kaki aku guna. bukan kepala je ada rambut kan.


sempat juga aku habis kan 4 5 lagu yang dapat ku nyanyikan tak sampai suku. sheep.. aku terpandang cermin dalam toilet "nape tak penah perasan cermin ni, dah 4 hari kot aku kat sini, adekah kerana aku jarang mandi membuatkan aku tidak perasan kehadiran malaun ini?" ahh dulik la, aku terus manfaatkan kehadiran cermin, check mata, check gigi, telingan, ketiak, check breast, mana tau ade ketul-ketul, bahaya gak kalau terkene breast cancer ni, check perot, okey dah satisfied, semua keadaan terbaik walaupun aku ade 1 pack ja. 


aku tersenyum sinis dalam toilet, ahh comel jugak aku ni, hensem pun ada sikit, kacak takla puji aku dalam hati [sapa la nak muji kalau tak diri sendiri] takpa, hubungan datang dari hati bukan dari paras rupa [naikan keyakinan diri]. lap sana lap sini, aku terus keluar & tetiba aku pusing balik, lupa ambek wuduk daa...


okey ni ja story aku, walaupun kurang 10 minit dalam toilet, macam-macam tingkah laku berlaku kat bilik kecik ni.. petang dan esok entah ape pulak.. nantikan sambungan nya.. pulak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KORANG BAIK HATIKAN (^_^)