PeMbuKa BiCaRa

blog ini dibuah khusus kepada mereka-mereka yang merasakan diri mereng dan tak tahu kemane ilmu menaip, mate untuk melihat dan sumber ilmu separa siap untuk dicurahkan. haeee... kepada semua blogger-blogger or non blogger, jemput bace.. tinggalkan la jejak, kalau tinggalkan comment lagi mantap. nanti aku comment korang.. jangan lupe klick-klick iklan yang ade.. krok krok krok.. SMILE

PiCtUrE UnTuK Di ClicK

GuNdiK DaN SiDa AkU [pastikan icon korang ade link blog korang]

Sunday, July 31, 2011

SaMpaI JoHor

assalamualaikum

syukur akhir aku sampai depan rumah.. ride dari bangi ke segamat johor.. alhamdulillah cuaca mendung-mendung ja, so keadaan humidity suam-suam kuku.. berbekalkan kelajuan maksima 80km/j, aku redah dengan gagah.. rase sangat macho pulak bawak kelajuan malar ni. spek hitam aku pakai, bagi tambah macho..

dari highway bangi aku pecut terus ke simpang empat.. di sini adegan kejar mengejar dapat dilihat dengan jelas.. tapi adegan aku hanya dipotong je. xdpt nak kejo sesape kecuali time kat tol or yang stop kat R&R. memang aku potong la semua kenderaan berhenti kat sana dengan muka penuh bongkak nye. moto kan tak perlu bayo tol.. hahaha

 isi minyak kat petronas lepas keluar tol, tersama isi minyak dengan para rider moto besar.. dalam bebanyak tetibe sesat moto kriss 110 thn 1997.. hahha lantak p la.. aku nak isi minyak gak.. ingat moto aku ni pakai angin ke nak jalan.. [teremo pulak, jeles tgk moto dorg] he². naseb dorg ikut jalan yang berbeza dari aku. so takde la rase kene potong.

jalan dalam dengan highway, best lagi jalan dalam, why, banyak menda leh tengok kiri kanan. ade pekan, ade pemandangan, jumpe tempat best dan menarik leh stop jap, hujan boleh teduh mane. kat highway? hujan.. pandai2 la korang redah kalau tak jumpa flyover or R&R. rosak p la call 1-800-880-0000 [untuk plus][aku lalu highway plus ke, entah la]

jalan dalam ni layan, lap sini lap sana. haha.. aku gerak jam 1500 [dalam macam tu la] then sampai umah dalam jam 1540 1740. cepat gak aku sampai [kate mak aku la]. minyak dari bangi rm5 n minyak dari keluar tol rm5 gak. total rm10. uh jimat ni.

sampai rumah je, tengok-tengok 2 3 gadis remaja ade dalam umah. ni ape pulak.. usha2 rupanya datang nak tempah baju kurung. boleh lak mak aku kata aku ni tolong jahit sekali baju. dah aku jadi bahan bualan. malu tersipu-sipu aku dibuatnya. hahah.. terus masuk bilik. macam anak dara la pulak masuk bilik.. ahh dah la.. penat ni penat..

p/s: esok puasa, malam ni terawih, alarm kene sedia, pagi tadi dah terbangun jam 4.30am, tanda positif boleh bangun pagi. hahah... 
SELAMAT BERPUASA, CARI PAHALA BEBANYAK DALAM BULAN NI N BULAN SETERUSNYA

Saturday, July 30, 2011

RiDe FrOm JoHoR P BaNgI N P JoHoR

assalamualaikum

28 July 2011 - tepat jam  0700 [takde la tepat bebeno] aku bangun sambil korek idung, almaklum 6 jam tido mean 6 jam aku sedut udara bilik yang berabuk ni.
okey, beg baju dah siap, beg laptop pun dah siap
raksasa merah aku lap bahagian meter ja.. sambil ku kiss.. sayang hang lebih harini
bertolakla aku dari segamat ke bangai tepat jam 0800

berbekalkan speed limit raksasa aku ni [paling tinggi 80km/j]
aku di potong pelbagai jenis kenderaan, memang seronok mereka ni bawak laju-laju
tak ingat anak bini dan keluarga ke dorang ni.. [sambil gelengkan kepala yang pakai helmet]
mesti orang belakang fikir aku penunggang bermasalah.. geleng sorang-sorang


disebabkan aku tunggang sorang, so bermacam lagu yang tak habiz aku nyanyikan
tidak lupa juga lagu nasyid-nasyid yang entah aku pun taktau dari mana aku leh hafal dan fasih aku nyanyikan walaupun sekerat. dalam hati sentiasa ingat Yang Maha Esa, moga selamat perjalanan ini. [ingat kawan2 walaupun dimana anda berada ingat Allah]


sebabkan lagu terlalu best, hujan la kat Linggi, pakse aku stop dan juga stop lagu takut lambat pulak hujan ni nak berhenti. lama gak aku perap kat perhentian Linggi, sampai Bangi dalam kul 11.30 pagi. sakit tengkuk ayah nak oii.. geleng2 jeki atas motor..


30 July 2011 - aku nak balik segamat.. petang ni.. sapa nak folo bagi tau..
tapi mendung ja kawasan bangi sekarang.. haisyeh..


p/s: apela bosan..

Wednesday, July 27, 2011

ApE YaNg PeLiK Nye?

assalamualaikum

dua tiga minggu ini aku amat sebuk..
banyak pulak tempahan..

menjahit, menyulam, kait sini kait sana
tangan punya la ketat-ketat, tapi buat kerja lembut-lembut
macam-macam hal

tak pelik kan tengok lelaki mengait or menjahit.
heee...

p/s: sapa nak wat tempahan baju kurung sila la bagi tau..
murah je, tak mahal pun.. yang penting ade hasil tangan aku.. hahah.. rare babe
p/s/s: baju laki tak terima.. kah kah...

Monday, July 11, 2011

NyoNya Ni MaIn CaK caK dEnGaN AkU

"wei ko dah makan belum ni, jom aku bawak ko gi makan malam" saat itu perut aku sememangnya tengah menari inang, asid askobik entah berapa gelen berlenang dalam kantung perot. "belum makan lagi dari pagi tengah dan petang"jawab aku pantas sambil teguk air kosong yang semamangnya jadi makanan aku dari pagi. pantas aku siapkan diri, oh sheep, perfume habis, slumber aku bantai abang akunye perfume. setakat 2 3 sembur tak luak pun.
 
"okey siap, jom la" kataku dengan semangat. "jap, tunggu kawan aku jemput ni" "pulak" so bibit menunggu pun bermula. 1 minit 2 minit 3 minit, okey la 15 minit la cincai kira baru kami gerak. ada 4 orang, nak 2 kereta, memang kaya raya kawan-kawan abang aku. deal main osom, p 1 kereta akhirnya.

jarak masa nak makan malam dari mula keluar adalah 2 jam. memang macam sheep betol. pergi JJ area bukit raja shah alam dulu, beli tiket transformer. ni memang sheep, time aku nak balik kampung pada malam ni, dorang leh tempah tiket untuk tengok transformer. terpaksa la aku bersabar separa. perdajal la, lain kali aku boleh tengok. DVD or download, mana yang terdahulu.

pendekkan taipan aku ni, setelah mengharungi jalan yang 1/4 sesak untuk sampai area makan di uptown damansara dari shah alam [ape gile makan jauh macam ni, naseb orang bawak]. so kerja cari tempat parking plak, ah memang satu keje betul. siap parking, berjalan la kami, tapi aku folo belakang, almaklum takan aku lak yang lead, mane la aku tau area makan kat damansara ni.

port dikesan dari jauh oleh salah sorang member. duduk dengan segera dan tetibe table ketorang di hujani dengan pelbagai jenis menu makan dari orang yang berlainan, aku sorang je yang blur kambing. naseb sorang member nampak muke aku yang macam taik ayam berak strawberi melihat menu yang banyak. so dy pun explain la 1 per 1. then baru aku faham. ada gerai yang banyak, so dorang fight bertumbuk, berparang, bergaduh, berosom dan bertalilat tali complong cari customer la. aku pun anguk tanda mengerti.

member ni pun sarankan aku 1 gerai, kata masakan dy sedap. aku pun anguk setuju [belum makan dah setuju]. pengambil order pun memang dah menunggu. "apek, saya nak nasi goreng ayam se okey" sambil jari telunjuk aku menunjuk perkataan nasi goreng ayam yang berada di menu. mengharapkan apek tu faham ape aku maksudkan "yang ini tau apek"

masuk stage menunggu, 10 15 minit datang sorang amoi erkk nyonya la, ke table ketorang, "sapa order nasi goreng" tu yang aku dan member aku dengar sambil kami jengah-jengah nasi tu. "eh takde ayam" benakku dalam hati. aku lihat nyonya tu pulang ke gerai dengan perasaan hampa [aku rasa la kot]. then aku lihat dy p tanye apek yang ambek order ketorang. zaaap.. apek tu tunjuk table ketorang. dengan segara nyonya tu datang.
 
"ada order nasi goreng ayam" "ada" aku jawab. lalu nyonya tu letak nasi goreng tadi. ketorang pun terdiam melihat nasi tu "mane ayamnya?" tanya ku sopan. "dah letak" balas nyonya "erkk mane, takda pun" pintasku laju. Lalu nyonya tu mengabil sudu yang sepatutnya digunakan aku untuk sentap makan telah digunakan untuk kuis kuis nasi goreng tadi "haa ni ada ayam" kami berpandang sesama sendiri. "ayam ketul takda?" kataku, nyonya tu geleng mengiyakan. "ni la nasi goreng ayam kami". "sheeeeeeppp.. ni bukan nasi goreng ayam, ni nasi goreng ayam kisar yang mempunyai 3 4 cebis daging ayam.. aku terfakurap, fakap fakap, sheeeppp.. pfffftttt?empangan?benakku dalam hati." "eh okey?balas ku sambil memandang member yang suggest gerai tersebut. dy pun tersenyum sinis.. sheep

seerrriiiiuusss wa terfakurap dengan gerai kawan aku tu suggest kan. dan aku terakurap dengan enteri panjang melalut ni.. ahh?punah nafsuku nak makan ketulan ayam. [menjadi cerita hot time makan tu]

Monday, July 4, 2011

SeSaAt YaNg Ku Ada

assalamualaikum

.......menyanyi dan terus menyanyi......

gadisku
kau ilhamku
suka sama kamu
cinta terlarang
yakin cintamu ku dapat

<---sakit jari jemariku-->

Friday, July 1, 2011

SeMeMOrY YaNG Ku AdA

assalamualaikum

okey entri ni memang serius bukan macam entri yang INI atau bawah yang ini. seserius kah aku? entah aku pun tak tahu aku boleh serius dalam setiap perkara. semua aku selalu ambik mudah macam ABC. ah ABC pun susah, teringat aku masa aku kecik, sebut A pun macam makan batu. almaklum pelat sikit, tapi sekarang fasih sefasinya. ah memory kecil kembali sudah. ada ke kenangan waktu itu, aku masih cuba mencari. banyak aku lupa kejadian masa kecil. padahal waktu itu paling menyeronokkan


sekolah rendah, sekolah menengah, matrik hingga la universiti, pelbagai memory yang aku simpan. tak semua akan aku ingati, miskipun memory itu amat indah untuk di kenang. tak semestinya yang indah perlu di simpan tak semistinya yang buruk perlu di buang jauh. ada yang indah itu amat memeritkan dan ada yang pahit itu melucukan. keluarga, kawan, rakan, sahabat, lelaki, perempuan semua ada dalam memori aku ini. yang membezakan mereka hanya kekuatan ingatan terhadap setiap antara mereka ini.


adakah perasaan itu satu memori? adakah memori akan turut bersama dengan perasaan? mengapa perasaan itu hadir?  aku dah mula mengarut dengan persoalan yang entah aku tidak tahu dari mana. ya mungkin perasaan itu akan hadir sendiri, ya mungkin perasaan sedih hadir ketika memori menguasai diri, ya mungkin.


kenapa aku perlu bersedih, sedangkan itu hanyala memori. memori yang hanya berada dalam ingatan, ingatan yang tersimpan di dalam benak otak kepala ku ini. ya dulu ia merupakan realiti tapi sekarang hanya memori yang di simpan. menjadi fantasi tidak mungkin menjadi realiti. aku benci berseorangan, benci bersendiri, kerana aku benci bila perasaan dan memori yang membuat aku sedih, bertandang, berlenang air mata, aku yang sakit, aku yang merana. 


biarla orang tidak tahu aku merana, tunggu!! mengapa aku perlu merana untuk sekeping memori dan perasaan? perdajalkan semua itu, aku perlu gembira, hadapi dunia realiti yang sebenar, yang benar-benar berada di hadapan ku, jika terluka pasti akan terasa. ah terluka? hati? pastinya bukan dari memori. hidup ini panjang kalau Dia mahukan, penyesalan adalah satu ajaran untuk kita tidak mengulangi semula.


ahh... banyak aku bebelkan di sini.. AKU tidak merujuk kepada sesiapa, hanya watak yang dicipta dalam imaginasi. aku dalam ini bukan aku. sekadar penceritaan. ada yang terima ada yang tidak. itu terserah. sekadar pendapat ingin di luahkan. ada yang mengarut sesama di betulkan. salam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KORANG BAIK HATIKAN (^_^)