PeMbuKa BiCaRa

blog ini dibuah khusus kepada mereka-mereka yang merasakan diri mereng dan tak tahu kemane ilmu menaip, mate untuk melihat dan sumber ilmu separa siap untuk dicurahkan. haeee... kepada semua blogger-blogger or non blogger, jemput bace.. tinggalkan la jejak, kalau tinggalkan comment lagi mantap. nanti aku comment korang.. jangan lupe klick-klick iklan yang ade.. krok krok krok.. SMILE

PiCtUrE UnTuK Di ClicK

GuNdiK DaN SiDa AkU [pastikan icon korang ade link blog korang]

Saturday, August 27, 2011

BiLa BuLaN PuAsA–KaD RaYa

assalamualaikum

salam sejahatera dan selamat berpuasa kat korang semua yang membaca entri ini. blog aku hampir-hampir berlaku tindak balas kimia yang boleh mengakibatkan pengaratan kekal. dah nak dekat-dekat raya ni, kesebukan mula melanda diri aku sememangnya aku tak tahu tang mana aku boleh jadi sebuk.

so malas nak taip panjang lagi berjela, aku nak ucap TERIMA KASIH kepada mereka yang sudi menghantar KAD RAYA kat aku ni [padahal semua aku yang mintak] hahha.. orang tak popular sape je la yang nak hantar… kan kan [pesal ayat sentap ni] aku list kan kat bawah ni sapa yang bagi.. ramai yang tak bagi url blog..so aku letak nama korang ja terus okey..

  1. sarah liyana mohd faizol [kedah]
  2. Dauz Shanley http://dauzshanley.blogspot.com [shah alam]
  3. http://boxerkedut.blogspot.com [ce tengok header mamat ni]
  4. aliah zamri [shah alam]
  5. mimie [sarawak]
  6. anuar roslan [kawan aku masa study dulu. dapat rm1. penang]
  7. nor fatiah yad’z http://azyaleeya92.blogspot.com [dapat rm1 he.. muar]
  8. amalina athman http://shqpewsqiq.blogspot.com [kedah]
  9. amni syafiqah http://warnawarniamny.blogspot.com [perlis]
  10. kyohei akimaru [ipoh]
  11. putri http://putrimerahjambu.blogspot.com [sample rm20!! erkk… sabah]
  12. freddies aziz http://kakinetwork.com [tere dalam coding ni. ku dapat rm1]
  13. pejabat timbalan naib canselor www.umt.edu.my [surat yuran konvo]
  14. celcom broadband [tuntut bayaran.. sabo la oiik]
  15. bil air dan bil elektrik [kire surat ke ni??]

setelah dikira-kira aku dapat duit raya sebanyak 3 hinggit.. hahah thanks kepada yang sudi memberi. aku amat la terharu biru mata hitam ku. ade yang aku tidak sempat membalas. tahun depan aku balas okey. heheh..lari bajet.. sampai kuih keria pun aku dapat beli singgit je. dapat la 3 untuk aku sorang yang makan..

p/s: nak raya.. jangan boros…

Tuesday, August 16, 2011

BiLa BuLaN PuAsA–KuIH KeRia

assalammualaikum

disebabkan bulan ramadhan ni, aku nak tempek kuih kegemaran aku. aku nak abadikan kuih ni dalan entri supaya menjadi kenangan untuk anak-anak dan bini-bini aku akan datang.

ini ditekan disini bahawa picture-gambar yang ada dalam entri aku ini adalah dicuri dari granma google tu. so bukan gambo aku punya la.. tak faham-faham lak korang ni. babab sorang nanti.

bahan digunakan untuk buat keria ini senang sahaja. keledek 8 guni, tepung 8 kilo minyak masak 8 liter, gula 8 kilo, 8 orang tenaga manusia dan 8 jam untuk menggoreng [okey ini nampak beno nipunye]. keledek, tepung, gula, dan pandai-pandai la korang buat. hahahha.. dan hasilnya macam ni la

D.gray-man_Lenalee

oh silap pulak pulak letak gambar.. sorry-sorry.. gambar betolnya….

6a00d8341c509553ef00e54f1ee43e8833-800wi

3866874205_36e02d309c_o

Kuih Keria (1)

SONY DSC

selamat menjamu selera.. ahhh sedapnya.. bagi satu guni pun aku sanggup habizkan.. [start moto nak pergi beli keledek 8 kilo.. nak buat kat rumah]

Saturday, August 13, 2011

BiLa BuLaN PuAsA–BaZaR

assalamualaikum

“okey, tekat nak beli kuih keria je” aku pun start rakasasa merah yang limit kelajuan max 80km/j. sesampai ja kat bazar, aku pun parking cantik moto aku tu supaya tampak bergaya bila di pandang dari jauh. lepak kejap atas seat moto, usha-usha orang kejap [macam dah jadi hobi lak, bahaya tol la]. dah puas usha awek-awek yang langsung tak pandang aku, aku pun bergerak masuk dalam bazar.

nasi ayam, nasi dagang, nasi kerabu, nasi ayam berlada, me goreng, satay, ayam golek, lauk ayam, lauk daging, lauk sotong, lauk sayur, otak-otak, satar, akuk, air katira, nyor, tebu, ahhh.. gila nak taip satu satu.. aku pun tawaf 2 round bazar. lelah jugak aku diwatnya alamaklum lama tak bersenam. so dah aim gerai mana aku pakat nak singgah [ade awek-awek comel yang jaga diberi keutamaan]

gerai-gerai yang aku tak berkenan pun jadi berkenan apabila terdapat awek yang jaga. ahaha.. takpa la.. usha jek, mane tau jumpa kat mana-mana, leh tegur “eh awak yang bukak gerai kat bazar tu ek” pandai tak.. haha.. usha punye usha gerai kuih muih ni, aku pun sangkut kat satu gerai, yang jaga pun terbaik. aku tampa segan dan ngilunya singgah la. ade keria je aku singgah, bukan sebab ade awek kat situ [erkk.. mana yang betul ni] keria yang betol okey. heee

“ye.. abang nak kuih apa, saya tolong ambek kan” [lembutnya suara] “erkk.. keria ade tak adik [padahal dah jumpa depan mata, saja ngusha]” “keria ye bang.. jap ek.. haa depan abang tu keria” “haa.. mane-mane, tak nampak la [pura-pura]” “tu sebelah sri muka [serius aku tak ingat kuih sri muka macam ne]” baik-baik nak keria, aku duk usha kuih sri muka, mane hok se ni.

lalu girl tu pun p depan dan berdiri tepi aku, “ni ha abang, abang nak berapa ringgit” terkejut aku diwatnya, tetibe duk diri tepi aku, sepantas lightning aku jawap “bagi 3 ringgit ye” lalu aku tengok la awek tu ambek keria tetibe dia toleh tepat ke muka aku “abang nak kuih lain ke?” aku terpana “bagi karipap 2 hinggit” [ces tetibe karipap ni] “lagi bang” “erkk seri muka 2 hinggit gak” [ah sudah] “air taknak bang?” “bagi la air tu satu” [tah hape air aku tak ingat] “lagi bang” “erkk dah dah, tu jek”

balik ja rumah kene pot pet dengan parent, sebab beli banyak. kat rumah bertiga ja.. dugaan betol la gerai yang ada awek ni. lain kali p gerai yang ada belalai je la. beli terus balik rumah.. tapi rasa macam nak singgah lagi.. ishh jangan2

Friday, August 12, 2011

BiLa BuLaN PuAsA–SuPeRmArKeT

assalamualaikum

“jal [bukan panggilan sebenar], tolong beli barang dapur kejap boleh” kata mak aku yang comel lagi kiut [kalau keluar p mane-mane mesti orang ingat mak aku ni akak] “nak beli ape?” sahut ku ketika mengait baju di ruang tamu [tampak ayu tak?] hahaha.. “ni belikan ikan ke, ayam ke, sayur sikit, ermm buah palah, selasih, kelapa parut, tepung muruku, [ade y aku lupa]” “erkk.. baik-baik” kataku “ingat tak ni” “ingat-ingat”

lantas aku pun siap-siap bagai, dengan memakai baju sahabat blogger beserta dengan seluar quicksilver dan cermin mata hitam, aku pun keluar menunaikan hajat yang di pinta tampa bantahan. sampai ja, aku parking elok dan terus masuk tampa toleh kiri kanan. “eh gelap lak” lupa tanggal cermin mata. port yang di tuju tempat barangan basah.. okey, sapa tak tahu sah korang tak penah p beli barang dapur.

“ikan ikan ikan.. erk ikan ape? caru? siakap? tongkol? merah? tenggiri? kuning? pari? patin? keli? talapia? sebelah? urgg pening-pening” dekap sepuluh minit gak aku berlegar-legar nak beli ikan apa. disebabkan phone aku takda kredit, so aku lost contact dengan dengan mak dirumah. part sayur pun sama “erkk sayur ape la nak beli pe ni? sawi? bayam? kangkung? kubis? lombak merah [pesal oren], terung? petola? buncis? kacang panjang? tauge? tomato [sayur ke?], kentang?” dekat duapuluh minit bazir masa pilih sayur. palah dan palaga? last aku beli 2 2.

duk sebok-sebok cari barang, kan ade plastik disediakan untuk bungkus barang yang korang nak beli [gerenti la, kat pasaraya wet part banyak plastik ni. aku pun tarik plastik tu dan ambek selai untuk bungkus sayur. datang lak sorang makcik dengan member dia. pegang plastik tu, tarik pepanjang, pastu lipat dua, tarik lagi dan lipat lagi. ade la 4 5 kali, sambil beborak dengan kawan dia. lalu di putuskan, then geliran kawan dia, lagi hardcore. terus hambek 1 gulung plastik. makkaiii.. makcik.. mentang-mentang percuma, habiz 1 roll di songlap.

aku pandang makcik berdua tu, lalu mereka pun turut pandang aku. kami bertentang mata, lalu 2 2 makcik tu pun senyum sangat lebar, aku turut bersenyum kelat. mereka pun blah dengan tawa riang [berborak-borak macam takda apa berlaku]. aku terfikir, pas puasa ni aku nak hambek gak la plastik ni bebanyak sikit. leh wat bungkus pape yang patut. hahaha..[betul ke ape aku fikir ni].. aku rasa trolli pasaraya tu pun boleh bawak balik rumah.

p/s: mengait.. kerja-kerja dapur.. pergi pasar.. so girly.. fuh semangat

Monday, August 8, 2011

BiLa BuLaN PuAsA–BuBuR LaMbOK

assalamualaikum

dah semiggu kita menunaikan ibadah puasa, ade tak yang skip-skip? lantak korang la, dosa tanggung sendiri. di sebabkan aku sekarang beradabtasi kat kampung, so banyak la aktiviti-aktiviti kat kampung ni. seronak gak join ni, alamaklum bertahun duduk kat perantauan, [bertahun la sangat].

nak jadikan story, setiap ahad, kat surau atas umah aku ni [mcm korang tau] adalah dalam 50 meter je jarak [kalau azan gerenti dengar, untung time pose ni, takde la memasang telingan nak dengar azan] ahahha melalut pulak sudah. okey nak jadikan cerita, setiap ahad, kat surau ni ada buat BUBUR LOMBOK LAMBOK.

kire start kul 0900, aku yang 1st time nak join datang la dengan segan-segannya. berminyak wangi bagai aku pakai. sikat rambut pun nak ambek masa 10 minit. kejap kanan, kejap kiri, kejap tegak. aku kene kelihatan segan dan bergaya. 1st impression tu penting. baju siap, seluar siap, semangat… siap.

area masak mestila belakang surau, takan la kat depan. korang masak pun kat dapurkan, taktahu la kalau dapur korang area ruang tamu. situ tetamu duduk, situ jugak korang bantai menyambal. erkk.. kembali semula, so bertandang la aku, kelihatan semua sebok menyiang.. erkk.. memotong bahan-bahan.

aku tak sempat nak observe sapa ada kat situ, angan-angan ada la anak-anak gadis yang join sekali masak bubur lambok ni.. heheh.. “ni nak cari sapa” sorang makcik tegur aku “erkk nak cari mak saya” [erkk tetiba lak aku jawap macam ni, aku nak tolong masak] “sapa nak mak” “erkkk ida” balasku “oohhh, mak awak pergi ambek barang, ni takut betol hilang mak erk, hahahahah” bab gelak ni aku tak tahan. hampir semua yang ada kat tempat turut gelak. PERGH…!!!!!!!!!! hilang macho aku.

“erkk mesti la saya sayang mak. mak saya ada satu ja makcik” balas ku sopan.. “muka datang tadi berkerut jek,ni dah ade makwe tak?” [pulak makcik sorang ni] “errkk.. tengah cari calon…. makcik apa boleh saya bantu ni” [makin lama makin melarat pulak makcik-makcik kat sini] “ni bawang tolong buang kulit dan potong-potong sekali tau, pastu tolong kacau bubur lambok nanti” [hamboi] “BAIK”

bermula la tangisan tanpa sebab ketika berada di situ. takleh tahan, takde sorang awek pun yang tolong buat bubur lambok tu. semua golongan makcik-makcik tipah, kiah. rosnah yang non stop bergosip bagai.. aku dengar je la.. “comel jugak anak ida ni ye” tetibe suara sorang makcik kedengaran [aku buat-buat tak dengar dalam senyuman] hahahha…. ok bubur lambok siap juga akhirnya..

Sunday, August 7, 2011

BaJu KuRuNg

assalamualaikum

2 minggu aku kerja dan kerja amat memenatkan. sekarang tempat jam 0000 je, mata aku mula menunjukkan bibit-bibit untuk membuat baja kat mata. jam 0100 pastu aku akan terlelap kalau tegar bersama laptop. tak tido kepala atas laptop mesti terbongkang atas kerusi plastik merah.

aku dan MAK KESAYANGAN dah siapkan 7 pasang baju kurung, satu kebanggaan aku ni. [padehal tolong mak]. baru nak snap picca semua baju tu, tapi aku tertido petang. bangun-bangun 4 pasang telah di ambil oleh owner. walaweh, dapat je bau baju dorang dah siap. panas tol. takdapat nak snap semua baju.

ni jek la aku dapat snap.. hahaha untuk tontonan umum.

lineputihlinehitam baju kurung

ni jek la.. hahahha..

p/s: ade lagi 4 pasang nak di siapkan.. 2 kali jari kene balut… keh keh..

Saturday, August 6, 2011

TaRaWiH Ku TeRgAnGgU–SaBaR Je La

azan pun berkumandang tanda isyak dah masuk, bergegas la aku ke surau berdekatan.  so macam biasala kan, ibubapa ni bawak anak-anak kecik untuk join sama bersolat. uhh memang bagus, seronak tengok kanak-kanak ni belajo solat. di sebabkan aku datang lambat, so aku berada saf belakang, bersama kanak-kanak. alahai, comel-comel semua.

terdapat la 6 7 orang kanak-kanak yang berada di saf hadapan aku, “ramai gak kanak-kanak arini” bentak aku dalam hati. so aku pun menunaikan solat macam biasa. rakaan pertama, masih cool kedaan kanak-kanak tu, masuk rakaan kedua, diorang dah mula goyang-goyang punggung tanda nak bermain. kepala dah toleh kiri kanan, siap berbisik dengan kawan sebelah.

aku dah tak fokus dalam solat ni, tengok gelagat dak dak ni. masuk rakaat ketiga, time bangun dari sujut, tetiba aku tengok saf depan aku dah kosong, tinggal songkok je. sah budak ni p main. ahhh tergangu solat aku. sabar je la.

selesai solat isyak, time untuk solat tarawih lak. kali ni aku berada di saf depan dari kanak-kanak ini. pasti tiada gangguan [kata dalam hati]. sangkaan aku salah, ketika rakaan ke 7 habiz bacaan al-Fatihah semua akan menyebut Amin. terdapat la pulak sorang budak ni menyebut “amin” tu tampa henti sampai nak masuk rakaan ke 8. berlagu bagai. amin aminnnn aminnnnnn amin min am am amin min minmmm min…. ahh hilang fokus aku lagi

p/s: dugaan betol dengan kanak-kanak ni.

Friday, August 5, 2011

Eh AkaK Ni BiAr BeTuL

“oh dah kul 3 petang ni, kene gerak ke town gak” bentakku dalam hati ketika masih berguling atas katil. tup tap jam 4 petang juga aku bergerak. patut boleh siap dalam 15.37 minit, 1 jam juga baru boleh gerak. baik harini matlamat nak beli raket reket badminton banjir [alamaklum aritu segamat kan banjir, so kedai sukan ni wat promosi barang murah, ingat orang tak tahu la kan] hahha..

sampai ja kat kedai peralatan sukan tu, aku di sambut mesra dengan sorang akak [akak ke makcik, aku agak kompius]. aku jengah-jengah la jenis reket yang ada, carlton, yonex, yang-yang, pro ace, dan ape tah aku tak ingat. kemana aku pergi, akak ni ikut ja. buat aku kurang selesa betol, nak feeling pilih reket pun tergangu.

“adik nak pilih reket mana, akak boleh sarankan 2 3 jenis reket” “jap ek kak, nak tengok-tengok dulu ni” aku senyum kambing yang agak lebar. “adik tengok reket ni, ramai yang beli reket ni dik” kate akak tu ketika aku masih belek-reket lain. lalu aku memegang reket itu mengusha, “tak pun reket ni” aku peganga reket 1 lagi, lalu akak tu pergi ke bahagian reket lain. aku terus mengusha.

“haa ni akak bawak 2 reket terbaik” lalu aku pegang lagi 2 reket. akak tu pun tetiba berlalu pergi dan kembali dengan 2 lagi reket “ni akak selalu sarankan pelanggan beli reket ni” lagi 2 reket berada di tangan aku. tetibe akak tu ambek 1 lagi reket “yang ni okey jugak dik” akak tu pun talakan ke arah aku reket tu.

“akak, tangan saya dah penuh dengan reket ni, macam ne pegang” dah ade 6 batang reket dah ni. “nah akak ambek pegang semua ni ye” aku serahkan dengan sopan, lalu akak tu berkata “banyak nye reket kat tangan adik” dengan tawa kecil. “tamak la adik ni, semua nak pegang” sambil memukul punggung aku dengan maja menggunakan reket [ah sudah] bentak aku dalam hati.

aku dengan segara memilih reket “saya nak yang ni” hahaha 1 pun reket yang di saran akak tu aku tak hambek [jahat ke, tak kan]. “tali nak tarik 26 okey” kata ku, “adik main ganas tak?” kata akak tu sambil memicit-micit lengan aku, [ahhh empangan] “tak la, sejam lagi saya ambek ok” aku pun belah..

p/s: nak kata aku dah beli reket baru. heeee

Monday, August 1, 2011

SeNtIaSa La BeRSyuKur

assalamualaikum

ramadhan bulan yang mulia, setiap perlaku yang baik aku diberikan pahala, setiap ibadah yang dilakukan mendapat pahala yang berganda. memang ramadhan bulan yang sangat barakah.

aku nak tanye sikit.. korang buka apa? korang sahur apa? sedap tak? bape jenis lauk ada kat atas meja? bape jenis air minuman ada dalam jag tu? dengan sapa korang buka dan sahur? bagi berkemampuan pasti bebagai jenis ada juadah untuk dimakan. bagi yang kurang?, maybe air pengalas perot.

makan la apa yang ada pada anda, bersyukur kerana anda ada rezeki untuk mengenyangkan perot yang lapar itu. sedap atau tidak, itu adalah rezeki yang dikurniakan Nya. kenapa hendak merungut dengan juadah, tak sedap, bukan selera, segala bagai tak dan tidak. bila masuk perot, kenyang juga hasilnya. bersyukur la, dan mesti bersyukur dengan beramal.

kita berpuasa adalah untuk menginsafi diri dan mengenali keperitan mereka-meraka yang hidup daif di luar sana. apakah ramadhan untuk anda? harap bukan hanya berlapar "kosong" dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

syukur aku masih dapat berjumpa dengan bulan ramadhan dan berpuasa dengan keluarga. aku ingin ucapkan takziah kepada rakan-rakan yang kehilangan ahli keluarga atau sanak saudara. agar kamu semua tabah dan besabar kerana itu adalah dugaan dari Maha Esa.

SELAMAT BERPUASA
HAYATI LA RAMADHAN

BiLa bULaN PuAsa

assalamualaikum

bila bulan puasa ja, 1st aku teringat makan bagai kat bazar ramadhan. ape nak beli ape nak makan. setan dah kene kurung dan kene ikat, tapi nafsu boleh kalahkan setan-setan yang kene rantai tu argg.. akal kene letak no 1.. fikir-fikir..

bajet nak jimat time ramadhan, haram tak menjadi, beli kuih 3 jenis dah rm6.00 air dah rm1.00 makanan dah rm4.00 semua rm11.00 untuk buka puasa. hahah.. bila sahur cari kedai luar or tak sempat makan meggi ja.. tu zaman universiti. tak berjimat jugak aku time puasa.

bila puasa ni jugak la bermacam-macam penyakit yang boleh mengakibatkan kurangnya keupayaan untuk menahan lapar. macam haram betol, paling common gastric, memamg tradisi sakit ni datang bila menjelang ramadhan. terbaik betol, musin yang tepat sakit ni menyerang mangsa-mangsa.

in daytime, dapur dah macam tempat larangan, kalau masuk kawasan tu mesti akan di jeling2 tanda kemuskilan. tapi bila malam menjelma, itu lah tempat ibupejabat untuk berkumpul. ohh seronak ketika itu. kurma adalah menu wajib dan mesti ada atas meja [kalau kat rumah aku la dan juga kat bilik time beljajar dulu] xde nak curi-curi makan pun.

p/s: SELAMAT BERPUASA
MINTA MAAF KALAU ADA SALAH DAN SILAP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KORANG BAIK HATIKAN (^_^)