assalamualaikum
“ok siap” kata kau selepas membasuh dengan tekunnya bini kesayangan aku yang 1 ni. dah 7 thn aku jaga, tak penah beranak pun. ahh sudah ngarut. so sebab nak pergi solat jumaat kena semua bersih termasuk bini aku kaki 2 bulat-bulat ni. masa mandi bersama tu pun aku terpaksa cover-cover sebab ramai gadis-gadis kampung lalu lalang tepi rumah sewa ni. biasala la, jalan utamakan dalam kampung
tepat jam 1.10 petang, aku gerak ke masjid. cuaca amat baik harini, cuma pepagi buta ada hujan sikit-sikit. aku pun parking elok belah tepi kanan sebelah tempat ambek wuduk yang ada tangki air belah depan pintu masuk belakang masjid sana. aku off kan engine moto dan aku lepak jap atas moto aku tu.
aku terdengar suara kanak-kanak belah belakang sebelah kiri yang ada pokok bunga raya warna ala-ala oren tu. aku pun toleh dengan curious nye. aku lihat seorang ayah melayan karenah 3 orang anaknya. betulkan songkok, samping, butang baju. bahagianya aku tengok.
ohh takpa la, on the way nak masuk, aku ternampak seorang ayah ajar anak dia ambil waduk. anak dia tak stop cakap “lepas tu lepas tu” so si ayah beri tahu 1 per 1. aku pun tunggu turn nak ambek wuduk [padehal leh ambek kat tempat lain, tapi aku tercegat nak ambek kat situ jugak hahaha]
lepas solat, aku pun tunggu turn nak keluar dari masjid. malas nak berebut nak keluar reramai. dah sikit baru aku gerak keluar. terpandang la pulak si ayah ni dukung anak dia pergi kat kenderaan. biasalakan orang semua nak balik.
tetibe aku rasa macam seronok je jadi ayah ni [EHHHHHHHH] happy je dorang.. [apakah statement ini sebenarnya] hahaha….. sapa nak jadi BINI aku hahahha..
ingatlah pejal.. ko ada matlamat belum tercapai.. nak anak la pulak… hahaha.. okey aku nak dengar lagu steelheart - she’s gone