assalamualaikum
marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu alaihi wasallam yang membawa bersamanya rahmat kepada seluruh alam.
syarak telah menetapkan bahawa mencintai Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah sebahagian daripada kewajipan seorang muslim.
Anas bin Malik radhAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintaiku lebih daripada ibubapa, anaknya dan seluruh ummat manusia.” - Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim. [sumber]
so sepatutnya setiap hari kita patut mengingati Nabi junjungan kita ni. buat la perkara yang m0lek-molek time hari kelahiran Nabi kita ni okey.

